Saturday 3 March 2012

KEMELUT AZIZAN VS PHAHROLRAZI BIKIN PANAS PAS PUSAT !!!


Krisis dalaman Pas semakin kritikal dan seolah-olah tersimpul mati apabila mesyuarat khas hampir empat jam bagi membincangkan isu pergolakan di Kedah gagal menemui jalan penyelesaian.

Sebaliknya, parti itu terpaksa menunggu sehingga Sabtu ini untuk mencari formula terbaru bagi menyelesaikan pertelagahan antara Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan kumpulan Datuk Phahrolrazi Zawawi.

Menurut Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, perbincangan pada Sabtu ini akan melibatkan semua pihak termasuk Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Ahli-ahli Jawatankuasa Pas Pusat, pesuruhjaya negeri serta pihak bertelagah.

"Mesyuarat Pas malam ini mengambil ketetapan untuk mengadakan perjumpaan mahabbah antara kedua-dua belah pihak yang akan turut disertai oleh seluruh kepimpinan Pas Pusat dan negeri kerana kita mahu mendengar semua pandangan.


~ UTUSAN ~



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??