Monday 23 January 2012

PANAS !!! CABARAN TERBUKA !!! KHALID EXCO PORTFOLIO AGAMA DICABAR MEMBACA DOA DIHADAPAN 1,500 HADIRIN !!!

Ahli PAS Cabar Khalid Ibrahim Baca Doa Dihadapan Rakyat Selangor


Kebetulan terjumpa sahabat lama yang telah hampir 22 tahun tidak bersua muka dan berborak-borak panjang. Sahabat ini berasal dari KL dan pernah sama berkhidmat di institusi kewangan di Petaling Jaya. Saya tidak menjangka akan bertemu di Meru (kawasan Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman). Rupanya dia kini tinggal di kawasan DUN Selat Klang, yang diwakili oleh seorang lagi ADUN PAS merangkap Exco Selangor Dr Halimah Ali.


Mungkin dia menjangka saya penyokong tegar PAS kerana selesai solat Isyak, tanpa menukar jubah dan ketayap, saya terus ke Meru untuk menyaksi dan mendengar sendiri isu-isu yang diketengahkan dalam siri road-show Dr Hasan Ali ke seluruh negara. Alkisah, maka dia mendedahkan perihal kewujudan video aksi lucah pemimpin PAS peringkat negeri. Sahabat ini memberi hint bahawa ia melibatkan seseorang yang berjawatan Timbalan Pesuruhjaya ke atas.


Sedang asyik mendengar cerita sahabat ini, terdengar lantang di pembesar suara, Ustaz Hasan Basri Mohamad (bekas Ketua Penerangan PAS Selangor) membuat cabaran yang amat ringan kepada Pengerusi porfolio Hal Ehwal Islam Selangor, TS Khalid Ibrahim dihadapan 1,500 orang yang hadir di majlis berkenaan. Cabarannya ialah sekadar membaca doa di majlis-majlis yang dihadirinya.


Sumber : Akar Umbi




1 comment:

  1. Doa makan boleh lah ...tu dalam bahasa melayu kot ....klu x baik masuk tadika pasti ...itu yang pasti ....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??