Tuesday, 3 January 2012

PANAS !!! YB ZUL RANCANG PERTEMUAN ANWAR DAN SAIFUL !!!

Saiful dicabar hadir solat hajat!


Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mencabar Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan menghadiri solat hajat yang akan diadakan pada Khamis dan Jumaat ini di dua buah masjid di Kuala Lumpur.

Beliau yang juga Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, solat hajat yang dirancang diadakan pada sebelah malam itu bertujuan memohon kepada Allah untuk menunjukkan kebenaran sekiranya salah seorang daripada mereka berbohong.

Menurut beliau, solat hajat yang akan diadakan pada 5 Januari itu dicadang diadakan di Masjid Negara manakala pada 6 Januari di Masjid Kampung Baru, Masjid Wilayah Persekutuan atau Masjid Jamek Kuala Lumpur.

"Saya cabar Anwar dan Mohd. Saiful Bukhari supaya turun pada hari tersebut bagi memohon petunjuk dan hidayah Allah bagi membuktikan siapa yang benar dan siapa yang berbohong. Kita juga minta dalam solat hajat tersebut supaya yang mana berbohong agar dilaknat Allah.

"Alhamdulilah, baru sebentar tadi saya dapat respons daripada Mohd. Saiful Bukhari yang bersedia untuk hadir... Sekarang saya hanya tunggu jawapan Anwar... Kalau beliau di pihak yang benar, jangan berdalih dan bersembunyi di sebalik kononnya mahkamah rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas 'Program Perhimpunan Penerangan Perdana 2012: Hapuskan Pengkhianat Negara' di Dewan Warisan Kompleks Warga Emas Seksyen 24 di sini semalam.

Hadir sama Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali serta lebih 3,000 warga Shah Alam dan Klang.

Sementara itu, Ibrahim berkata, Perkasa juga telah mengarahkan ahlinya di seluruh negara untuk mengadakan solat hajat sebelum 9 Januari ini.

Menurut beliau, ia bagi memohon supaya ibu kota dan rakyat di negara ini selamat dari segala ancaman yang boleh menghuru-harakan keadaan.

"Solat hajat di masjid dan surau itu telah bermula pada hari ini, saya juga berharap rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, mendokong keluhuran dan undang-undang agar turut sama mengadakan solat hajat.

"Tidak patut dan tidak wajar ada mana-mana pihak hendak mengganggu gugat keamanan pada 9 Januari ini. Biarlah mahkamah yang menentukan keputusannya," katanya.

Sumber : UKS


Pssstttt... jom kita tengok siapa yang kena...!!! Anwar dan Saiful bakal bertentang mata dengan arrangement YB Zul....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??