Friday 20 January 2012

PM LANCAR KONSEP WASATIYYAH !!! ANWAR LANCAR DEMO JE PANDAI !!!

Konsep Wasatiyyah Terbaik Untuk Keharmonian Negara ! Tahniah PM !

Konsep Wasatiyyah Terbaik Untuk Keharmonian Negara ! Tahniah PM !

Pada 17hb Januari 2012, Perdana Menteri Dato' Sri Najib telah mengumumkan dan melancarkan penubuhan Institut Wasatiyyah. Institut berkenaan akan beroperasi sebagai sebahagian daripada Pejabat Perdana Menteri.

Untuk ikuti ucapan penuh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dalam ucap tama di Persidangan Antarabangsa Pergerakan Moderat Global (ICGMM), KLIK SINI ke website rasmi PM.

Ramai yang bertanya pada aku, apa itu wasatiyyah. Wasatiyyah ini bermaksud kesederhanaan. Kesederhanaan didalam semua aspek kehidupan.

MENURUT Imam Mohamed Baianonie, istilah Arab,wasat, membawa tiga makna, iaitu:
to be moderate, to be in the middle, and to be the best. Therefore, when Allah s.w.t describes the Muslim Ummah as a nation that is Wasat, Allah means that we are moderate, we are an Ummah that is in the middle, and that we are the best nation. Atawasoot in an Islamic sense means that the Muslim should try his best to be moderate in all of his affairs, and he should keep away from extreme practices and making extreme statements.

Hebatnya Islam jika kita dapat memahami dan mempraktikkan didalam kehidupan seharian kita. Jika ianya dipraktikkan, semestinya tidak ada pelampau atau ekstrimis dikalangan masyarakat beragama Islam. Sudah pasti aktiviti berguling-guling dan tidur dijalanan serta merosakkan harta awam tidak akan terjadi dari kalangan masyarakat beragama Islam.

Konsep Wasatiyyah ini telah lama dirancang dan diperhalusi oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Antara yang terlibat didalam memperhalusi dan mengkaji konsep Wasatiyyah ini adalah Dr Ridhuan Tee Abdullah. Aku difahamkan proses meneliti konsep wasatiyyah ini hampir 5 bulan. Begitu teliti Najib dalam mengadaptasikan sesuatu konsep didalam pemerintahan beliau terutama yang berkaitan dengan hal ehwal agama Islam.

Komen dari Dr Ridhuan Tee didalam penulisan beliau;
" konsep ‘wasatiyyah’ ini bertepatan dengan gagasan 1Malaysia yang mahu melahirkan masyarakat berimbang (sederhana), berteraskan perlembagaan persekutuan. Seperti gagasan 1Malaysia, konsep ini bukanlah sama rata dan sama rasa atau terletak di tengah-tengah seperti tidak miskin atau tidak kaya, tidak terlalu panas atau terlalu sejuk, persimpangan antara syurga dan neraka, tidak pandai atau tidak bodoh yakni sederhana sahaja. Tuntutan ‘wasatiyyah’ mahukan kita menjadi umat yang terbaik. Boleh menjadi kaya-raya tetapi jangan sampai hilang pedoman sehingga lupa tanggungjawab kepada Maha Pencipta dan makhluk yang dicipta. Boleh membangun, jangan sampai pembangunan itu merosakkan akal budi manusia dan alam sekeliling. "
" konsep ini juga selari dengan tuntutan semua agama, tidak hanya kepada agama Islam. Lawan kepada wasatiyyah adalah ultra atau ekstrim, termasuk kumpulan ultra kiasu. Kita tidak boleh terlalu mengejar dunia sehingga mengabaikan akhirat. Begitu juga sebaliknya, terlalu mengejar akhirat, terhingga melupakan dunia. Apapun, kena berimbang. Nabi pernah menegurkan beberapa sahabat yang terlalu mementingkan akhirat sehingga melupakan nikmat dunia, misalnya tidak mahu berkahwin kerana ada yang menganggap perkahwinan itu hanyalah mainan dunia sehingga boleh melalaikan tanggungjawabnya kepada pencipta. Tetapi Nabi juga berkahwin, bermakna dunia adalah jambatan ke akhirat. Jadikanlah kehidupan dunia sebagai yang terbaik untuk mendapat habuan di akhirat. "

The best way for a Muslim to behave is in moderation. In trying to explain the importance of moderation, Imaam Ibn Al-Atheer said:
"Every good manner has two extreme and bad sides. For example, generosity, a good and moderate behavior, comes between two bad behaviors, on one side stinginess and on other side overspending. Braveness, another good and moderate behavior, comes between two bad behaviors on one side cowardness and on other side carelessness. So humans have been ordered to avoid all bad behaviors; by staying away from two bad behaviors, a person will be exactly in the middle which is the farthest point from each extreme."(Imam Mohamed Baianonie, 2010)

Ikuti laporan Berita Harian berkaitan Pelancaran Konsep Wasatiyyah ini;


KUALA LUMPUR: Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang diilhamkan Datuk Seri Najib Razak dua tahun lalu, memulakan langkah menerusi Persidangan Antarabangsa GMM2012 semalam dengan matlamat membawa dunia ke arah kesederhanaan bagi kepentingan sejagat.

Ketika menyampaikan ucaptama pada hari pertama persidangan tiga hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibu negara itu, Najib menyentuh pelbagai isu berhubung kesederhanaan, termasuk menangani ekstremisme, keganasan dan perbuatan pelampau kewangan yang menyebabkan banyak pihak terjejas dan menderita.Idea GMM yang bertujuan meningkatkan kesederhanaan di peringkat global, dicetuskan Perdana Menteri ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-65, di New York pada 2010 yang menyarankan pemimpin dunia supaya menolak sebarang bentuk ekstremis, sebaliknya menjadikan kesederhanaan dalam setiap tindakan yang kemudian mendapat reaksi positif daripada pemimpin dunia.

Cadangan beliau kemudian diperincikan ketika ucapan di Oxford Center for Islamic Studies (OCIS), England pada Mei tahun lalu dan bulan lalu, idea memupuk kepentingan nilai kesederhanaan beliau itu diterima dan disenaraikan dalam Pernyataan Bersama Mesyuarat Ketua Kerajaan Komenwel (CHOGM), di Perth, Australia.

Dalam ucapannya di depan 350 delegasi dari lebih 70 negara semalam, Najib juga mengumumkan langkah untuk menerajui usaha memperkembangkan konsep kesederhanaan pada pertingkat antarabangsa dengan pelancaran Yayasan Pergerakan Kesederhanaan Global yang baru.

Beliau berkata, yayasan itu berfungsi sebagai pusat memulakan penyatuan dan penyebaran maklumat serta bahan kempen kepada semua pihak yang ingin menyertai usaha memerangi ekstremisme, termasuk badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan.

“Adalah penting bahawa selain inisiatif eksklusif oleh Malaysia, GMM melengkapi inisiatif lain untuk kerjasama dan dialog antarabangsa seperti Perikatan Ketamadunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Hadir sama pada persidangan anjuran Persatuan Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan kerjasama UIAM itu adalah Datin Seri Rosmah Mansor; Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah; bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam.

Pada peringkat negara pula, Najib mengumumkan penubuhan Institut Wasatiyyah yang bertujuan terus menggerakkan pergerakan kesederhanaan dan keseimbangan dalam semua aspek di negara ini.
Tumpuan institut yang beroperasi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu mencakupi aspek menghormati demokrasi, kedaulatan undang-undang, pendidikan, maruah insan dan keadilan sosial.

Najib juga berkata, sebuah Kursi Wasatiyyah berteras akademik akan diwujudkan dan beroperasi di bawah Universiti Malaya (UM), dengan penyandangnya akan diumumkan tidak lama lagi.

Beliau berkata, inisiatif itu bertujuan menggalakkan kelahiran lebih ramai ilmuwan hebat dan ulama besar seperti Al-Imam Ibnul Qayyim yang dipetik kata-katanya bahawa wasatiyyah, iaitu kesederhanaan atau keseimbangan bermakna tidak terlalu berlembut dan tidak terlalu ekstrem adalah seperti sebuah oasis di antara dua gunung.

Sementara itu, Abdullah memuji inisiatif langkah kerajaan menubuhkan Institut Wasatiyyah, selain melancarkan Yayasan GMM dan mewujudkan Kursi Wasatiyyah.

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa yang menjadi antara peserta persidangan pula berharap semua inisiatif terbaru itu akan menjadikan Malaysia sebagai pusat memperkembangkan idea membanteras ekstremisme dalam apa juga bentuk, termasuk agama, politik dan ekonomi.

Sumber : KGC


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??